Sunday, March 3, 2013




Ulama Teraju Kebangkitan
Segi Tiga Emas titik kebangkitan Islam di Asia Tenggara


Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my

Pengaruh ulama turath terhadap perjuangan rakyat dan perkembangan Islam di rantau ini jelas turut tercatat dalam susur galur sejarah Islam yang panjang. Biarpun di era ini majoriti mereka setia menjadi peneraju utama di pondok-pondok pengajian, namun roh perjuangan mereka melata dalam sosio kehidupan umat Islam. Mereka tetap menjadi cetusan dan sandaran dalam menyemarakkan penerimaan terhadap Islam di dalam institusi masyarakat dan negara.


Perkara itu dapat dibuktikan dengan perkembangan pesat pusat pengajian dan kecenderungan geopolitik massa kepada aliran Islam. Secara khusus dapat dilihat di Selatan Thailand meliputi Wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala, manakala Negeri Perlis dan Kedah serta Kelantan dan Terengganu masing-masing di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Inilah Segi Tiga Emas Islam yang bakal menjadi titik peluasan kekuatan Islam di rantau ini. Menerusi wadah tertentu, para ulama tersebut menyusun persiapan dan strategi seiring putaran kebangkitan Islam sedunia khususnya dalam menyuntik roh Islam.

Antara siri-siri pertemuan mereka adalah sebagaimana Ijtimak Ulama Turath Malaysia – Thailand yang diadakan di Pondok Tok Guru Yahya, Bukit Pinang, Pokok Sena pada 7 hingga 9 Februari lalu.

Sebaliknya pula di pihak yang mahu menyekat kebangkitan ini, pelbagai tindakan jahat dan hamburan madiyyah digandakan. Bahkan, sanggup menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja dan melacur moral diri serta kepentingan negara demi mengukuhkan kedudukan. Gerakan halus ini memeras kekayaan sumber dan tenaga rakyat, manakala secara khusus Selatan Tanahair dijadikan ‘benteng pertahanan’ mereka dan negara jiran berhampiran sebagai rakan strategik. Mereka menaiktaraf segala kelengkapan dan menguasai kemodenan semasa dalam menampung keperluan terhadap cita-cita itu. Kerana itulah zon pembangunan negara ini rancak bertumpu ke Selatan dalam dekad ini berbanding Utara dan Timur.

Banyak perkara melibatkan keselamatan negara dilihat lompang hingga menimbulkan keraguan banyak pihak. Kedudukan Singapura bukan sahaja dianggap strategik, lebih merisaukan ura-ura wujud ‘kawalan jauh’ penguasaan kepentingan di situ dari Zionis Israel. Apatah lagi Malaysia kian mesra menjalin hubungan dagang dengan negara penjenayah itu. Ahli hikmah Islam di negara ini tanpa menguar-uarkan kebimbangan mereka yakin bahawa perkembangan itu didorong untuk menyaingi seterusnya menafikan kebangkitan Islam di rantau ini.

Lebih perlu ditakuti adalah sikap ahli politik pemerintah dalam negara yang sedia ‘menjual’ kedaulatan demi untuk terus berkuasa dengan menyerahkan hak kerakyatan secara pasar borong kepada para migrasi. Kemasukan sama ada secara sah atau pencerobohan oleh warga asing menimbulkan tanda tanya berikutan prosedur untuk menjejakkan kaki ke tanah Melayu ini dikawal oleh banyak agensi.

Kelicikan mereka yang semakin menimbulkan prasangka di hati rakyat perlu diubah kepada kecenderungan mendampingi ulama sebagai benteng utuh Islam di sepanjang zaman. Rakyat perlu yakin bahawa kelompok terbesar ulama di rantau ini prihatin dan telahpun mengizzahkan kesanggupan mereka dalam menerajui umat. Dokongan bersama itu penting agar umat ini tidak dikembalikan kepada perhambaan mereka yang cuba menggerakkan agenda Dajal di akhir zaman ini. Ayuh selamatkan negara kita dan bersama dengan kebangkitan Islam!


2 comments:

  1. Ambil pengajaran dengan kekalahan ini. sebenarnya membawa imej islam amat berat. sekali melencong bukan shj dibenci rakyat malah takut kemurkaan Tuhan kerana kita seolah bertopengkan kebaikan utk mengikut hawa nafsu yang rakus. Jgn la kita sibuk mengata kepada parti lawan gila kuasa ttp bila Tuhan menguji dgn sepenggal sudah ada puak2 dlm pas. inikah Islam yg dibawa nabi.
    Pemimpin juga perlu lemah lembut tp tegas dgn rakyat. Bukankah Umar selalu berdoa selepas beliau menjadi khalifah dgn doa.."Ya Allah aku ini keras maka lembutkanlah aku". Jgn buat rakyat takut hendak bercakap. Bukankah pas pimpinan ulama. Ulama adalah org yg paling mudah didekati rakyat kerana sifat rendah diri dan tawadhuknya.
    Jadikan PRU13 pengajaran paling bermakna. Pas kedah sudah terkena ludah sendiri. Jgn ada lagi puak2 dlm pas. konsep wala' atau kepatuhan pada pemimpin selagi bertepatan dgn al quran dan hadis perlu digenggam teguh. jika tidak campaklah lebai dan masuklah golongan sebelah sana.

    ReplyDelete
  2. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete