Saturday, August 18, 2012

Perutusan Aidil Fitri 1433


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Syawal menjadi manifestasi kejayaan dan kemenangan orang beriman dalam mujahadah menempuh ujian rohani dan fizikal sepanjang Ramadan. Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa kekuatan yang terbit dari tarbiyah Ramadan dengan usaha bersungguh-sungguh mencari reda dan keampunan Allah, akan mengangkat diri manusia ke martabat takwa seterusnya membebaskan diri dari azab neraka dan mendekatkan kita kepada kenikmatan syurga-Nya.

Dengan sebegitu besar kurniaan Allah yakni janji kebahagiaan pada kehidupan akhirat, maka sewajarnya keizzahan yang ditimba sepanjang Ramadan ini perlu terus dilangsungkan dalam kehidupan hingga menjadi jati diri sebenar seorang insan.

Khusus untuk anak muda, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berharap agar perjuangan Ramadan telah membekalkan kita semangat menempuh realiti kehidupan dan menjadikan kita rakyat yang peka kepada ummah dan negara. Hakikatnya, dipundak kita terpikul harapan untuk sentiasa di saf hadapan merungkai segala rencam dan kebejatan yang membelengu. Paling utama adalah melaksanakan amanah membela ummah dari penindasan dan kezaliman, seterusnya membebaskan negara dari cengkaman ketidakadilan dan penyelewengan.

Demikian itu anak muda, marilah kita buktikan bahawa Ramadan dan Syawal adalah waktu penting yang telah menyatukan kita. Maka kita persiapkan pula untuk menghadapi hari penting negara yakni Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa dari saat ini.

Kerana Ramadan tidak mampu mengekang kerakusan nafsu pemerintahan Umno-BN. Hanya dengan undi anak muda berupaya menunjukkan mereka lorong kebenaran.

Natijahnya selepas PRU13, kita akan berada di Putrajaya menegakkan Malaysia yang makmur. Itulah kesejahteraan kita di dunia yang kerananya, kita mengharap kurniaan kesejahteraan di hari akhirat dari Tuhan Yang Maha Pengampun. Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamdu.


USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Pemuda PAS Kedah


Saturday, August 4, 2012

Sebuah lagi karya dari tirai besi


Lahir dari Penjara Mesir, sebuah kitab unggul tafsir haraki Fi Zilalil Qur‘an karangan As-Syahid Sayyid Qutb. Manakala kitab Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka dikarang dari dalam Penjara Indonesia.

Kini sebuah lagi karya khazanah Islam lahir disebalik tirai besi kezaliman pemerintah. Dari Kem Kamunting yang mengekang tahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), lahir buku Siasah Syar‘iyyah tulisan Ustaz Md Lotfi Ariffin.

Buku ini merupakan buku pertama dicetak dari empat karya beliau ketika dalam tahanan ISA. Karya-karya lain bertajuk Hisbah, Bekalan Untuk Pejuang dan Bimbingan Mukmin.


Sedikit pengenalan mengenai Ustaz Md Lotfi Ariffin:
 
  • dilahirkan di Kampung Tembak, Kuala Ketil, Baling, Kedah pada 12 Jun 1968
  • memperolehi Ijazah Sarjana (M.A) dari Universiti Islam Faisal Abad, Pakistan dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab
  • pernah menyertai angkatan Mujahidin di bumi Afghanistan yang ketika itu dicengkam kuasa kuffar, Soviet Union
  • memburu syahid di medan peperangan Tajikistan bersama kumpulan Al-Qaida yang ketika itu di bawah kepimpinan As-Syahid General Khattab atau nama sebenarnya Samir Saleh Abdullah al-Suwailim
  • setelah tamat pengajian dan pulang ke tanahair, beliau bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
  • tahun 2001, ditangkap di bawah undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk dalam tahanan di Kem Kamunting, Taiping, Perak
  • setelah dibebaskan dari tahanan pada tahun 2006, kembali meneruskan perjuangan bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
  • kini merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat

Hubungi 0134881036 atau 0135185188 untuk mendapatkan naskhah ini pada harga RM25