izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Ulama memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat para amilin PAS untuk terus mendokong gerakerja PAS dalam kerangka yang digariskan Islam. Malah, para ulama juga merupakan tonggak PAS untuk meyakinkan masyarakat terhadap perjuangan dan cita-cita PAS melalui wadah politik ini.
Sehubungan itu, gemblengan tenaga para ulama perlu disepadukan secara terancang dan terarah lebih-lebih lagi dalam menghadapi PRU13 akan datang yang memfokuskan usaha menawan Putrajaya dan mengekalkan kemenangan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Atas inisiatif itulah Dewan Ulama PAS Pusat mengadakan Ijtimak Pilihan Raya Ulama Haraki (Zon Utara) melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini baru-baru ini.
Pada ijtimak tersebut, dua kertas kerja dibentangkan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri bertajuk “Ribat Mujahidin Dalam Jihad PRU13” dan “Isu-isu Negara”.
No comments:
Post a Comment