Sunday, January 1, 2012

TRAGEDI MAHASISWA AMBANG 2012 : BANGKITLAH WAHAI RAKYAT


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat kesal, dukacita dan amat marah terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun, zalim dan kotor terhadap mahasiswa yang memperjuangkan hak kebebasan akademik. Penahanan 17 orang mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh tiga orang mahasiswa adalah lambang kemunduran demokrasi Malaysia. 

Justeru, DPPNK menuntut Kerajaan Barisan Nasional dengan serta merta bertindak:

Pertama : Bebaskan  semua mahasiswa yang ditahan tanpa syarat.

Kedua : Menghapuskan serta-merta akta zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ketiga: Hapuskan serta-merta Akta Perhimpunan Aman.

Keempat:  Membayar semua kos rawatan perubatan bagi mahasiswa yang cedera.

Kelima: Memohon maaf kepada semua mahasiswa dan rakyat Malaysia

Sekali lagi DPPNK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak kerajaan. Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat bangkit menghentikan segala kezaliman Barisan Nasional. Mahasiswa sebagai pemimpin dan pembimbing masa depan jangan gadaikan negara anda. Bergeraklah ke seluruh pelusuk negara; kampung,  desa, tanah rancangan, bandar dan bandaraya. Harunglah sungai, denai, bukit dan lembah. Berilah peringatan kepada yang alpa. Sedarkanlah mereka yang lena. Tamatkanlah riwayat pemerintahan Barisan Nasional yang sudah lama.


Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK
Ahli Parlimen Padang Terap

1 comment:

  1. subhanallah.
    saya rasa tugas kerajaan sepatutnya melindungi rakyat. kalau sampai memukul memijak rakyat , tambah2 mahasiswa pula tu, itu dinamakan apa ya.
    jika tidak mahu tukar kerajaan, tukar cara pemerintahan. saya rasa suara rakyat perlu diambil kira. dan, tuntutan agama, perlu hormat kena pada gayanya. wallahua'lam. mendoakan yang terbaik

    ReplyDelete