Wednesday, March 14, 2012

Semangat Ukhwah Memperjuangkan Islam : PAS Alor Setar lupakan krisis, tumpu pilihan raya

Harakah,15 Mac 2012
ALOR SETAR, 15 Mac: PAS Kawasan Alor Setar bersetuju untuk melupakan semua isu yang berkaitan dengan krisis pelantikan Exco yang berlaku baru-baru ini dan menganggapnya sudah selesai.

Mereka akan menumpukan kepada kerja memperkasakan jentera parti dalam kawasan Alor Setar di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketetapan itu dipersetujui dalam mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan bagi membincangkan isu tersebut ekoran Yang Dipertua PAS kawasan Alor Setar, Dr Ismail Salleh (gambar) terbabit dalam konflik pelantikan Exco baru-baru ini.

Hal tersebut diberitahu oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Zulkifli Yahaya selepas mesyuarat yang diadakan itu.

“Mesyuarat juga memutuskan untuk memberi kepercayaan kepada Dr Ismail Salleh serta kepimpinan yang ada untuk terus memimpin PAS Kawasan Alor Setar.

“Sebarang permasalahan yang melibatkan kepimpinan PAS Kawasan Alor Setar jika ada selepas ini, hendaklah dirujukkan kepada parti bagi dita ngani secara berjemaah serta memberi walak sepenuhnya terhadap sebarang keputusan yang diputuskan oleh PAS Pusat,” ujar nya.

Kontroversi tercetus dalam PAS Kawasan Alor Setar sebelum ini apabila, mesyuarat jawatankuasa
PAS Kawasan memutuskan supaya Dr Ismail mesti menerima pelantikan semula jawatan Exco.

Isu tersebut bagaimanapun berakhir setelah mendapat campur tangan dari PAS Pusat...Harakah Cetak.

No comments:

Post a Comment