Tuesday, March 27, 2012

Sukarelawan Pemuda PAS Kedah bantu mangsa banjir Hulu Langat

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Sukarelawan Pemuda PAS Kedah menjadi pasukan pertama negeri yang memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor.

Selama tiga hari, pasukan seramai 20 anggota diketuai Pengerusi Sukarelawan Pemuda PAS Kedah, Mohd Fakhrudrizal Mokhtar berkampung di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat membantu penduduk yang ditimpa musibah.

Bantuan meliputi kerja-kerja membersihkan kawasan, mencuci rumah, mengangkut timbunan sampah dan membersihkan masjid.

Menurut Fakrudrizal, kebanyakan harta penduduk mengalami kerosakan teruk hingga tidak boleh digunakan lagi.


No comments:

Post a Comment