Monday, September 12, 2011

Aidilfitri Adun Merbau Pulas dan MTD Jeneri

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PADANG SERAI: Kemeriahan terasa di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Adun Merbau Pulas, Ustazah Siti Ashah Ghazali yang mendapat dokongan padu dan sumbangan jamuan dari anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Ketua-ketua Kampung (MKK).

Kelihatan DHPP dan MKK berganding bahu melayani kehadiran lebih 5,000 tetamu disamping pelbagai acara pentas antaranya persembahan nasyid dan bercerita yang memeriahkan majlis di Merbau Pulas, 11 September lalu itu.

Sementara itu di Sik,  ikan keli organik menjadi menu istimewa yang dihidangkan pada Sambutan Aidilfitri Majlis Tindakan Dun Jeneri di Kompleks PAS Kawasan Sik, Sungai Pau, 9 September lalu.


Lebih 3,000 hadirin berkunjung ke majlis tersebut di mana turut diadakan pelancaran Kelab Sukarelawan Belia Daerah Sik oleh Adun Jeneri, Yahya Abdullah.


No comments:

Post a Comment