Sunday, September 11, 2011

Rumah terbuka Aidilfitri pimpinan PAS dirai meriah

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

TANJONG DAWAI: Sekitar 5,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Dan Sambutan Aidilfitri Adun Tanjong Dawai Dan PAS Kawasan Merbok yang diadakan di kawasan lapang tepi pantai Tanjong Dawai, di sini 8 September lalu.

Kebanyakan tetamu hadir bersama keluarga menikmati pelbagai hidangan yang disediakan pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjong Dawai dan PAS Cawangan-cawangan seluruh Kawasan Merbok.


Kanak-kanak turut gembira menerima duit raya yang disampaikan Yang DiPertua PAS Kawasan Merbok, Dato’ Dr Hamdan Mohamed Khalib dan isteri, Datin Norhanani Abdul Hamid.

Di Kulim, cuaca hujan tidak mengurangkan kemeriahan Sambutan Aidilfitri Dan Rumah Terbuka Adun Kulim Bandar Baharu, Ustaz Yaakub Hussin yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyatnya, di sini 7 September lalu.

Para tetamu hadir menikmati pelbagai hidangan sambil beramah mesra dan berbual-bual sesama mereka.

Di Padang Terap, sambutan kepada PAS dibuktikan dengan kunjungan ramai penduduk pada Sambutan Aidilfitri yang diadakan.

Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir Zakaria merai mesra kunjungan tetamu yang hadir.

Manakala di Kuala Kedah, tetamu dari pelbagai kaum hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Kuala Kedah, di Kubang Rotan, di sini 3 September lalu.


Walaupun diadakan pada malam terakhir cuti Aidilfitri itu, lebih 5,000 tetamu berkunjung menikmati pelbagai hidangan yang antaranya turut dimasak segera di situ.


No comments:

Post a Comment