Thursday, August 11, 2011

Gelombang Hijau digerakkan ke medan

JENERI: Termasuk dalam usaha-usaha PAS adalah menggerakkan agenda kebajikan dalam mencapai matlamat perjuangannya. Lantaran itu, manusia adalah subjek terpenting dalam sasaran mencapai tujuan tersebut.

Dengan penuh harapan, terbelanya nasib rakyat akan berubah juga sisi pandang mereka kepada PAS seterusnya bersama meletakkan diri untuk membangunkan negara ini.

Atas semangat itulah, Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik mengadakan program Pelancaran Gelombang Hijau dalam meletakkan kesediaan diri bersama perubahan siasah masa kini.

Suntikan semangat telah ditanamkan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Yusof yang hadir menyampaikan motivasi dan pembentangan.

Bukti kesediaan itu juga segera diterjemahkan apabila pada hari sama Muslimat PAS Kawasan Sik turun ke medan menyantuni golongan miskin menyampaikan sumbangan bersama Ustazah Siti Zailah dan turut disertai Adun Jeneri, Yahya Abdullah.

Menurut Ketua Muslimat PAS Kawasan Sik, Ranimah Salamon, sumbangan tersebut sebagai tanda prihatin kepada rakyat sesuai dengan gagasan Negara Berkebajikan yang dihasratkan PAS.


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

No comments:

Post a Comment